Saturday, January 15, 2011

andai dapat ku undur masa

dalam usik ku merajuk seketika
lalu ku pergi meninggalkan dirimu
tanpaku duga lilin menjadi bara
gurauanku jadi delima prasangka.

kau menyangka aku pergi kerna dia
yang tak pernah wujud dalam alam cinta
belum sempat ku jernihkan suasana
engkau pula yang hilang entah ke mana.

puas sudah ku mencari
kutinggalkan pesan ku kirimkan berita
agar dapat ku temui
dirimu.. umpama sebutir permata
yang sirna..

andai dapat ku undurkan putaran dunia
ingin ku ubah semula
kata-kata dan tingkah laku ku
yang salah agar kita dapat seiring
di mercu asmara..

tak ingin lagi, dan tak mahu lagi,
berpisah bukan dengan kerelaan hati
penyesalan yang tak ada kesudahan
ku tersepit dalam jerat sendiri..

2 comments:

  1. weyyyy, sesudah le tuuuuu... bosan aku. dia tentu2 dah berjaya dan bahagia, yg ko duk merintih & mengenang benda dah lepas tu nak buat apa?... org lain semua dah dpt master/PHD.. ko ade? hahaha

    ReplyDelete
  2. Rileks la bro!

    p/s:Para bloggers yg kiut miut n kacak semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe

    ReplyDelete